Monday, June 7, 2010

Kelebihan Ayat Seribu Dinar

“Juallah dunia engkau dengan Akhirat engkau, nanti engkau akan memperolehi keuntungan bagi keduanya serentak; dan janganlah engkau menjual Akhirat engkau dengan dunia engkau, nanti dia merugikan engkau bagi keduanya serentak.”






Sejarah ayat ini:
Ia di amal oleh seorang hamba yang mendapat hikmat ini dari Nabi Allah Khidhir ketika belayar di laut dengan berkata berkat amal ayat ini hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja.

Menurut banyak riwayat, sebab ayat seribu dinar diturunkan Allah adalah kerana peristiwa berkaitan seorang sahabat bernama Auf bin Malik al-Asyja’i yang mempunyai anak lelaki ditawan kaum Musyrikin.

Beliau mengadu perkara itu kepada Rasulullah SAW dan Baginda meminta Auf supaya bersabar sambil bersabda kepadanya yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah akan memberi jalan keluar kepadamu.”

Ternyata tidak lama selepas itu anaknya dilepaskan daripada tawanan pihak musuh dan dalam perjalanan ia terserempak seekor kambing kepunyaan musuh lalu dibawanya kambing itu kepada ayahnya.

Kemudian turunlah ayat yang bermaksud: “Siapa yang bertakwa kepada Allah, Dia menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka dan tidak terfikir sebelumnya.” (Hadis riwayat Ibnu Jarir)
Ayat ini mengandungi seribu faedah:-

1.Jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya’Allah akan beroleh seribu faedah.

2.Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan.

3.Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka.

4.Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya.

5.Dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.

6.Dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.

7.Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada sembahyang lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.

8.Jikalau masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar.

9.Jika di pukul dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya.

Hendaklah beramal ayat ini dan bertawakkal kepada Allah, baca ayat ini sesudah sembahyang lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.

Sumber: alivewire.wordpress

Sunday, June 6, 2010

Syarikat Yang Berkaitan dengan Yahudi.... Tindakan dari anda sendiri

Senarai syarikat ini merupakan syarikat samada milik bangsa Yahudi
Israel atau bangsa Yahudi mempunyai kepentingan/saham di dalamnya atau
syarikat bukan milik Yahudi tapi mempunyai hubungan dagangan dgn Yahudi
Israel.

AOL Time Warner - 30% saham milik Yahudi
Time Life magazine, CNN, ICQ

Apax Partners - Milik Yahudi
Jonny Rockets, Sunglass Hut.

Arsenal Football Club - Menyokong pembangunan bola sepak Israel

Coca-Cola - Mempunyai hubungan perdagangan dgn Yahudi
Fruitopia, Fanta, Kia Orange, Lilt, Sprite, Sunkist, Schweppes, Dr Pepper

Caterpillar - Mempunyai hubungan perdagangan dgn Yahudi

Danone - Mempunyai hubungan perdagangan dgn Yahudi
HP foods, Evian, Volvic, Jacob

Delta Galil - Milik Yahudi
Hema, Barbie, Carrefour, Auchan, Tchibo, Victoria’s Secret, GAP, Banana
Republic, Structure, J-Crew, JC Penny, Pryca, Lindex, DIM, DKNY, Ralph
Lauren, Playtex, cK, Hugo Boss, M&S, Calvin Klein

Disney - Mempunyai hubungan perdagangan dgn Yahudi
Walt Disney, Disney World, Disney Playhouse

Emblaze - Milik Yahudi

Estée Lauder - Milik Yahudi
Aramis, Clinique, DKNY, Prescriptives, Origins, MAC, La Mer, Bobbi
Brown, Tommy Hilfiger, Jane, Donna Karan, Aveda, Stila, Jo Malone,
Bumble & Bumble, Kate Spade

Ford Motor Corp - Mempunyai hubungan perdagangan dgn Yahudi

Google - Milik Yahudi (Larry Page, Co-Founder & President of Products of Google Inc.)

Home Depot - Milik Yahudi
Villager’s Hardware, Georgia Lighting, Apex Supply, EXPO Design Centres

IBM - Mempunyai hubungan perdagangan dgn Yahudi

Intel - Mempunyai hubungan perdagangan dgn Yahudi

Johnson & Johnson - Mempunyai hubungan perdagangan dgn Yahudi

Kimberly-Clark - Mempunyai hubungan perdagangan dgn Yahudi
Kleenex, Kotex, Huggies, Andrex

Lewis Trust Group - Milik Yahudi
River Island, Isrotel hotels, Britannia Pacific

L’Oreal - Mempunyai hubungan perdagangan dgn Yahudi
Giorgio Armani, Redken 5th Avenue, Lancome Paris, Vichy, Cacharel, La
Roche-Posay, Garnier, Biotherm, Helena Rubinstein, Maybelline, Ralph
Lauren, Carson

Marks & Spencer - Mempunyai hubungan perdagangan dgn Yahudi
M&S, St.Michaels

McDonald’s - Mempunyai hubungan perdagangan dgn Yahudi

Motorola - Mempunyai hubungan perdagangan dgn Yahudi

Nestle - 50.1% saham milik Yahudi
Nescafé, Milo, Horlicks, Perrier, Vittel, Pure Life, Carnation,
Libby’s, Milkmaid, Nesquik, Maggi, Buitoni, Cross & Blackwell,
KitKat, Milkybar, Quality Street, Smarties, After Eight, Aero, Polo,
Lion, Felix cat food,

News Corporation - Milik Yahudi (Rupert Murdoch)
TV: Fox, Sky, Star, Phoenix, Granada, CNBC.
UK newspapers: Standard Newspaper, News of the World, The Sun, The Times.
Australian Newspapers: The Telegraph , Gold Coast Bulletin, Herald Sun, Independent, Sunday Mail.
US newspapers: New York Post.
Publishers: Harper Collins Ragan, Zondervan, National
Geographical. Nursery World, Rawkus, NDS, Mushroom Records,
ChinaByte.com, Festival Records

Nokia - Mempunyai hubungan perdagangan dgn Yahudi

Revlon - Milik Yahudi
New World Entertainment, Forbes

Sara Lee - 30% saham milik Yahudi
Hanes, Playtex, Champion, Leggs, Douwe Egberts, Bryan, DIM, Ambi Pur,
Bali, Superior Coffee, Just My Size, Kiwi, Maison Cafe, Nur die, Pilao,
Lovable, Outer Banks, Wonderbra, Sanex, Pickwick, Gossard, Body Mist,
Brylcreem, Aqua Velva, Radox, Ridsect

Siemens - Mempunyai hubungan perdagangan dgn Yahudi

Selfridges - Milik Yahudi

Starbucks - Milik Yahudi
Seattle Coffee, Pasqua, Hear Music, Tazo

The Limited Inc - Milik Yahudi
Express stores, Lerner New York, Structure, New York & Company,
Mast Industries, Intimate Brands, Victoria’s Secret, Bath & Body
Works, White Barn Candle Company, Henri Bendel

Timberland - Milik Yahudi

Tesco - Milik Yahudi (Founder Jack Cohen)

Triond - Milik Yahudi

Tuesday, June 1, 2010

25 Pesanan Luqman Hakim Kepada Anaknya.....

01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini
bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam
ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan
karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama
TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL
kepada ALLAH.

02 - orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya
untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat
penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar
setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa
menerima kemulian dari ALLAH juga.

03 - Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan
rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH,
maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat
kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat
kepada ALLAH.

04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu
kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya
ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana
sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu
hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 - Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang
sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai
ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar
takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari
sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang
air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang
yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak
melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah,
memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih
mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang
tidak mahu mengerti.

08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa
beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat
berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu,
adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang
jahat.

09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang
yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang
yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak
menjadi utusan.

10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah
dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal
sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat
yang berbahaya.

11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan,
takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan,
pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan
mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedang kan
menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu
kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 - Janganlah engkau makan sampai kenyang yang
berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu
kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu
diberikan kepada anjing sahaja.

13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan
sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung
memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana
manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu
belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang
orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan
para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari
mereka.

15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya
bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau
tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah
bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah
banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih
mahu menambahkannya.

16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan
sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura
pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu
dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah
engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak
demikian, maka berhati hatilah.

17 - Selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu
serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan
disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap
orang lain yang pernah memberikan barang yang
berharga.

18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah
dirimu padanyasebagai orang yang tidak mengharapkan
sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang
mengharapkan sesuatu darimu.

19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku
sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau
mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat
riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kepada
urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia
saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk
dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih
hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan
mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta
kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam
diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu
mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau
bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah
engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah
engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu,
janganlah mensia siakan hartamu.

23 - Barang sesiapa yang penyayang tentu akan
disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada
berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak
dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan
menyesal.

24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang
alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya
kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan
nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah
dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur
lalu disirami air hujan.

25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar
keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya
untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia
ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau
akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.
Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta
meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau
makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah
engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam
dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Kelebihan Al-Mathurat

Kelebihan membaca Al Mathurat:
1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarganya terselamat dari perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredhainya
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.

Wednesday, May 26, 2010

IMAN ADALAH KEHIDUPAN....

Orang yang paling sengsara ialah mereka yang miskin iman & mengalami krisis keyakinan. Mereka ini, selamanya akan berada dalam kesengsaraan, kepedihan, kemurkaan dan kehinaan.
"Dan barangsiapa berpaling dari peringatan Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit" (Thaha:124)

Tidak ada sesuatu yang dapat membahagiaakan jiwa, membersihkannya, menyucikannya, membuatnya bahagia dan mengusir kegundahan darinya selain keimanan yang benar kepada Allah s.wt. Kehidupan akan terasa hambar tanpa iman.

"Barangsiapa mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan" (An-nahl:97)

Maksud kehidupan yang baik dalam ayat ini adalah ketenangan jiwa disebabkan janji baik Rabb, keteguhan hati mereka dalam mecintai zat yang menciptakan mereka, kesucian nurani mereka dari unsur-unsur penyimpangan iman, ketenangan dalam menghadapi kenyataan hidup, kerelaan hati dalam menerima dan menjalani ketentuan Allah dan keiklasan dalam menerima takdir.

Bingkisan dari La Tahzan

Monday, May 24, 2010

DENGKI.........

Kedengkian (hasad) itu seperti makanan yang sentiasa merapuhkan tulang. Hasad itu juga seperti penyakit kronik yang selalu memamah tubuh perlahan-lahan hingga rosak & busuk.Ada ungkapan "Tidak ada yang menyenangkan dari seorang pendengki, kerana ia akan selalu menjadi musuh dalam selimut". Ada pula orang yang berkata " seorang pendengki akan memulai dengan persahabatan dan mengakhiri dengan pembunuhan".

Seorang pendengki ibarat oarng yang menyalakan pemanggan roti, setelah panas ia menceburkan dirinya sendiri ke dalam pemanggang itu. Keresahan, kecemasan dan kegelisahan hidup merupakan penyakit yang dilahirkan oleh sifat pendengki untuk mengakiri ketenteraman, kesejahteraan dan kebahagiaan hidup. Seorang pendengki akan selalu panas ketika melihat orang lain mendapat kenikmatan & kelebihan. dan ini akan berlarutan sehingga ia mati, atau kadang kala sehingga kenikmatan orang tersebut sudah tidak ada lagi.

Semua orang boleh diajak bersahabat , kecuali seorg pendengki. Sebab seorg pendengki akan selalu membawa kita agar mengecilkan nikmat2 Allah, menanggalkan keperibadian baik kita, melepaskan ciri kehormatan kita dan meninggalkan semua sejarah baik kita.

Betapun seorang pendengki tetap seperti ular hitam berbisa yang tidak akan pernah diam sebelum menyemburkan bisanya pada tubuh yang tidak berdosa.

Berlindunglah kepada Allah agar dijauhkan kita dari sifat dengki dan sentiasalah bermuhasabah diri kita kerana kehidupan kita akan diakhiri dengan kematian.....

Bingkisan dari Buku La Tahzan

Sunday, January 24, 2010

Ingatkan keindahan syurga

Jika selama di dunia ini anda kebuluran, jatuh miskin, sentiasa dilanda kesedihan,mengidap penyakit yang tidak sembuh,selalu mengalami kerugian, atau diperlakukan dengan zalim,maka peringatkan diri anda pada nikmat syurga yang kekal selamanya.Apabila anda betul-betul meyakini jalan ini dan mengamalkannya dengan benar, nescaya anda akan mampu mengubah setiap kerugian menjadi keuntungan dan setiap bencana menjadi nikmat. Orang yang paling berakal ialah orang yang sentiasa melakukan sesuatu untuk akhirat dengan keyakinan bahawa akhirat itu lebih baik dan kekal untuk selamanya