Sunday, January 24, 2010

Ingatkan keindahan syurga

Jika selama di dunia ini anda kebuluran, jatuh miskin, sentiasa dilanda kesedihan,mengidap penyakit yang tidak sembuh,selalu mengalami kerugian, atau diperlakukan dengan zalim,maka peringatkan diri anda pada nikmat syurga yang kekal selamanya.Apabila anda betul-betul meyakini jalan ini dan mengamalkannya dengan benar, nescaya anda akan mampu mengubah setiap kerugian menjadi keuntungan dan setiap bencana menjadi nikmat. Orang yang paling berakal ialah orang yang sentiasa melakukan sesuatu untuk akhirat dengan keyakinan bahawa akhirat itu lebih baik dan kekal untuk selamanya

Thursday, January 21, 2010

4 perkara yang perlu disegerakan

Salam,tuan-tuan dan puan -puan yang dikasihi sekelian

1.Segera menghidangkan makanan kepada tetamu
2.Segera mengahwinkan anak gadis yang telah cukup syarat
3.Segera menguruskan jenazah
4. Segera membayar hutang

Wednesday, January 20, 2010

Bermasyarakat

Salam,
Semoga kita hidup di dunia ini dapat bergaul dan bermasyarakat di luar sana.Dengan adanya kegiatan seperti bergotong royong, majlis ilmu,menziarahi orang sakit dan menguruskan jenazah,insya allah suatu hari nanti urusan kita akan dimudahkan oleh orang lain.

Monday, January 18, 2010

Apa Khabar

Kepada semua pelajar ustaz....

Diharap kalian berada dalam keadaan sihat dan berbahagia adanya

Salam Perkenalan

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... atas usaha untuk memperbaiki dan meningkatkan kemahiran diri telah terbinanya blog ini untuk tatapan umum.

Diharapkan dengan adanya blog ini dapat lah sama-sama kita berkongsi maklumat yang bernafaat untuk kita semua.

Diharap kita akan bersua lagi pada coretan akan datang.

Amin......